BN Pertaruhkan 41 Calon, Bung Moktar Kembali Pimpin Barisan Pertempuran

KOTA KINABALU | SUARA SABAH – Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan senarai penuh 41 calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) pada 29 November ini, menandakan kembalinya parti itu dalam gelanggang politik negeri dengan strategi baharu namun berpaksikan tokoh-tokoh lama.

Senarai tersebut diumumkan sendiri oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, di ibu negeri petang tadi.

Antara nama besar yang kembali disenaraikan ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan (Tempasuk), Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak (Usukan), dan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Sook) — manakala Bung Moktar sendiri mempertahankan kerusi Lamag.

Namun, pemerhati politik melihat barisan ini masih dibayangi tokoh lama dengan penyertaan muka baharu yang agak terhad, mencerminkan pendekatan BN yang berhati-hati dalam mendepani gelombang pengundi muda.

“Kami pilih calon berdasarkan kemampuan, bukan usia atau populariti. BN mahu kestabilan dan pengalaman untuk Sabah,” kata Bung Moktar ketika mengumumkan senarai calon di Kota Kinabalu.

Berikut senarai penuh calon BN Sabah untuk PRN17:

  1. N01 Banggi – Normah Rasik
  2. N02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
  3. N03 Pitas – Datuk Bolkiah Ismail
  4. N04 Tanjung Kapor – Kevin Lee Sip Kin
  5. N08 Pintasan – Tadzul Radim
  6. N09 Tempasuk – Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
  7. N10 Usukan – Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak
  8. N12 Sulaman – Dr Shahrin Rizal Thajuddin
  9. N14 Pantai Dalit – Alfian Sambas
  10. N16 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
  11. N17 Darau – Arfiyan Afif
  12. N24 Tanjung Keramat – Jeffery Noor Mohamed
  13. N28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
  14. N29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
  15. N30 Bongawan – Datuk Mohamad Al-Amin
  16. N31 Membakut – Rusman Dulamit
  17. N32 Klias – Osin Jilon
  18. N33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Laka
  19. N34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
  20. N36 Kundasang – Japirin Sahadi
  21. N37 Karanaan – Nadzmin Kamin
  22. N38 Paginatan – Datuk Jemadi @ Junaidi Sahat
  23. N41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi
  24. N45 Sook – Datuk Seri Arthur Joseph Kurup
  25. N46 Nabawan – Lajji Ompongoh
  26. N47 Telupid – Benedict Asmat
  27. N48 Sugut – Mohammad Arifin Pachuk
  28. N49 Labuk – Yusuf Latif
  29. N51 Sungai Manila – Zaini Tiksun
  30. N52 Sungai Sibuga – Datuk Suhaimi Nasir
  31. N53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Samsuddin
  32. N58 Lamag – Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin
  33. N59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
  34. N60 Tungku – Saleha Wahid
  35. N62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
  36. N63 Kunak – Datuk Seri Anil Jeet Singh
  37. N66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
  38. N68 Balung – Erwan Palateh
  39. N69 Apas – Dr Elmiariezan Ardan
  40. N71 Tanjung Batu – Samasudin Yusop
  41. N73 Sebatik – Aslan Fadli Samsul Alang

Dengan senarai ini, BN dijangka berdepan saingan sengit daripada GRS, Warisan dan PN, sekali gus menjadikan PRN kali ini antara paling panas dalam sejarah politik Sabah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *