KOTA KINABALU: Satu kenyataan tular di media sosial hari ini mendakwa wujud usaha membahagikan kerusi pilihan raya dalam kalangan ahli keluarga, termasuk suami dan isteri, sehingga mencetuskan kritikan pengguna khususnya dalam kalangan anak muda Sabah.
Menerusi hantaran tersebut, tindakan itu digambarkan sebagai “politik keluarga” dan bukan perjuangan rakyat. Hantaran sama turut menggesa generasi muda Sabah menolak apa yang didakwa sebagai “dinasti Pandikar” pada pilihan raya negeri akan datang.

