Khayal Dadah, Lelaki Pandu Melulu dan Rempuh Beberapa Kenderaan di Sibu
SIBU, 5 OKT: Seorang lelaki ditahan polis selepas memandu secara melulu dan merempuh beberapa kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Elizabeth, Jalan Oya, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili, hasil saringan awal mendapati lelaki berusia lingkungan 20-an itu positif dadah jenis amphetamine.
“Kejadian berlaku apabila suspek yang memandu sebuah kereta melanggar sebuah motosikal, menyebabkan penunggangnya terjatuh. Suspek kemudian melarikan diri dan turut melanggar beberapa kenderaan lain di lokasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Video kejadian berdurasi 1 minit 29 saat tular di media sosial dan menunjukkan aksi berbahaya suspek yang hampir mencederakan pengguna jalan raya lain.
Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.
#SuaraSabahNews
#InfoSemasa
#Sibu
#Dadah
#SuaraRakyatSuaraKebenaran
