Mayat Lelaki Ditemui Hanyut di Sungai Batang Rajang, Pasukan Bomba dan Polis Jalankan Operasi
KAPIT, 5 OKT: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dengan bantuan pihak polis berjaya menemui mayat seorang lelaki yang dilaporkan hanyut di Sungai Batang Rajang, di sini, pagi Ahad.




Menurut laporan operasi, pasukan menerima panggilan kecemasan pada jam 11:58 pagi sebelum menggerakkan Bot Penyelamat 179-10 bersama tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II (TBBK I) Richie Anak Meja, dibantu PB Edward Sanggau selaku pemandu bot dan PBB Diamaond.
Operasi turut disertai dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit (IPD Kapit).
Hasil pencarian di bahagian hilir sungai, pasukan berjaya mengesan mayat yang terapung kira-kira lima kilometer dari Pekan Kapit. Mayat berkenaan kemudiannya diangkat ke dalam beg mayat sebelum dibawa ke Jeti Waf Bleteh dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sebaik mayat diserahkan dan semua anggota kembali ke balai.
Sumber: BBP Kapit
#SuaraSabahNews
#InfoSemasa
#SungaiBatangRajang
#SuaraRakyatSuaraKebenaran
